Wahai Anakku,
Lama benar ayahmu tak berpesan. Saat ini mungkin kamu masih meruntun susu dari ibumu. Masih gembira dengan Teletubies, Barneys, dan Thomas. Entah bila agaknya engkau mahu berfikir dan memikir. Jangan jadi seperti si tua ini. Janganlah engkau malas berfikir. Apa yang perlu difikirkan? Pertamanya siapa kamu, apa tujuan mu di sini, kemana selepas ini, apa yang bakal kamu bawa, apa kompas mu? Mungkin juga si bodoh ini tidak tahu bagaimana cara untuk menerangkan kepadamu. Mungkin juga si degil ini malas untuk mengajarmu.
Si malas ini terfikir apa mati mu nanti? Majusi, Nasara atau Yahudi? Nauzubillah hi min zalik.. Si tua ini terasa amat berat tanggungan yang terbeban dibahunya. Tahun mendatang adalah tahun yang amat mencabar. Tahun antara benar dan palsu, miskin dan kaya, alim & bodoh, sensara & selesa. Aku harap aku masih bersamamu pada hari itu. Agar apa yang ada di dada ini dapat ku tanamkan di dadamu jua. Moga ia bercambah subur mekar seharum bunga yg kembang.
Saat ini kau masih memerlukan kami. Kami tak pasti adakah kami akan dicampakkan setelah kau melihat dunia palsu ini. Dicampak jauh di kolong air najis. Di saat ini pasti kami bertanya, adakah salah kami mengajarmu? Adakah salah kami memberikan apa saja yg kami tak mampu semasa kami seusiamu? Apakah kau akan memilih intan berharga atau kaca murahan? Emas segunung? Percayalah, kau takan puas.
1.31 a.m
8-3-06
Tuesday, March 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment